nuffnang

Thursday, 13 July 2017

PERSONALITI KRAF TUAN HAJI ALPAKA BIN HAMAAH, USAHAWAN KRAF MINITURE LEPA LEPA SEMPORNA SABAH

 
PERSONALITI KRAF TUAN HAJI ALPAKA BIN HAMAAH, USAHAWAN KRAF MINITURE LEPA LEPA SEMPORNA SABAH



Haji Alpaka Hamaah dilahirkan pada 27 Disember 1950 di Kg. Sisipan, Pulau Bum-Bum, Semporna, Sabah. Beliau merupakan Usahawan Tunjang bagi Projek SDSI Ukiran Halus Lepa-Lepa (Miniature) Kg. Look Sisarah, Pulau Bum-Bum, Semporna, Sabah.

Merupakan orang yang paling banyak pengalaman dalam bidang Ukiran Halus Lepa di Kampung Look Sisarah dan merupakan Tokoh yang sering dijemput untuk mengajar dan membuat demontrasi oleh agensi kerajaan ataupun swasta dalam negeri dan Semenanjung Malaysia.

Mula mempelajari teknik ukiran halus sejak berumur 20 Tahun daripada Bapa Mentuanya iaitu Encik Haji Maazul Maburani atau turut dikenali sebagai Haji Darwis yang juga merupakan pengukir produk Lepa-Lepa Miniature sehingga kini. Haji Alpaka Hamaah telah mendaftar lesen perniagaannya atas nama Perusahan Kraftangan pada tahun 2005 iaitu apabila beliau dilantik sebagai Usahawan Tunjang projek SDSI ukiran Halus Lepa-Lepa oleh Kraftangan Malaysia.


Penglibatannya dalam bidang pembuatan kraf berasaskan produk miniture Lepa-lepa ini telah menjadikannya pernah ditemuramah oleh beberapa stesen TV dan pernah memasuki beberapa ruangan akhbat penting negara seperti Berita Harian dan akhbar dalam Negeri Sabah.

 Tuan Hj. Alpaka Hamaah sering mengikuti aktivit promosi dan pemasaran yang dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia dan agensi Pelancongan negeri Sabah seperti Sabah Tourism Board, Kementerian Luar Bandar Sabah,Lembaga Pelancungan Malaysia Sabah, agensi kerajaan negeri yang lain dan juga peringkat daerah Semporna.


  Sepanjang berkecimpung dalam bidang ini, Tuan Haji Alpaka Hamaah sering terlibat dan memberi kerjasama sepenuhnya terhadap program promosi yang dijalankan oleh PKKM. Diantara acara promosi yang disertai sehingga kini :


Peringkat Nasional

1.     Ekspo Kraf Kebangsaan Tahun 2005 – Tahun 2007
2.     Karnival SDSI Tahun 2008
3.     Promosi Kraf Malaysia, Kota Kinabalu, Sabah Tahun 2006-Tahun 2007.
4.     Pesta Kaamatan peringkat Nasional – Setiap Tahun

     Peringkat Negeri/Tempatan
1.     Pesta Regatta Lepa, Semporna Sabah
2.     Karnival SDSI peringkat negeri Sabah – Tahun 2007
      3.     Pelbagai aktiviti Promosi seluruh negeri Sabah.

Selain itu Tuan Haji Alpaka Hamaah juga sering dijemput sebagai juru demo ukiran Halus Lepa-Lepa di seluruh Sabah dan Semenanjung Malaysia melalui aktiviti yang dijalankan oleh Sabah Tourism Board.


Perbadanan Kemajuan telah memberikan anugerah Tokoh Ulung pada Haji Alpaka Hamaah pada tahun 2016 iaitu salah satu anugerah dan penghargaan pada penggiat seni kraf di Malaysia yang telah lama berkecimpung dalam industri ini.

Lawatan ke Thailang bersama Kraftangan Malaysia tahun 2003 OTOP .













DEFINITION OF HANDICRAFT

DEFINITION OF HANDICRAFT


Malaysia Handicraft Development Corporation defines crafts as "Handicraft Output" means any artistic produce which has cultural or traditional charm and is the result of a process which depends solely or partly on hand skills and includes any batik product; And "batik product" means any goods, however manufactured, which has a batik design on or in any part thereof.

The other definition of craft is Handicraft is the production of useful or decorative equipment by hand or a simple appliance. Handcrafted crafts should be done individually or in small quantities. Handicrafts often bring cultural and / or religious interests. Mass production or military outcome is not a handicraft.

According to Azlina Abd Aziz at the website of Azlinaaziz.blogspot.com from the German language, kraft, which means the strength, strength and competence.

Handicraft is a work of making useful or decorative equipment with full hand or simple appliance. Handcrafted crafts should be done individually or in small quantities. Handicrafts often bring cultural and / or religious significance. Mass production or military outcome is not a handicraft.

John Harvery insists that this strength is also on membership, efficiency and expression as 'knowledge' is power. Following Paul J. Smith in his book "Craft Today 'Poetry of the physical", describes his craft, mystically representing the unity between the spiritual and the senses of a human being. This reinforces humanity element in daily life and experiences born through crafts in addition to producing individual crafts.




The term 'Handicraft':

• Language Board Dictionary (1998) Issue 3: 'enterprise (work, art) requiring skills primarily using hands', while handicraft also means 'enterprise (work, art) that requires creativity and hands-on skills'.

• UNCTAD issued by the United Nations through the United Nation Conference on Trade and Commerce, the following designated handicraft words (Handicraft is a manual skilled-intensive product with or without use of tool, simple instruments or implemented operated indirectly by the craftmen) .

• Enactment of Malaysiana, Volume 7: 'Handcrafted art which includes several types of timber carpentry, silverwork, ironworks, brassworks, pottery art and some other items including items made from local materials such as bamboo , Rattan, resin, coconut shell and so on '.

• Siti Zainun Ismail in his book Traditional Malay Handicraft Design, Chapter 1: 'Handicraft' is intended as an artistic act for use.


Wednesday, 12 July 2017

PERSONALITI KRAF - ADIGURU ENCIK JAMAWID BIN HJ SOH

LATAR BELAKANG  ADIGURU


Adidguru Jamawid Bin Hj Soh dilahirkan pada 02 Mac 1969 di Kampung Siasai Jaya Kota Belud dalam keluarga seni pertukangan berasaskan besi iaitu pembuatan senjata Parang Bajau Samah Kota Belud.  Mendapat kepakaran dan kemahiran pertukangan daripada ayahnya iaitu Hj Soh Bin Juh yang telah menjadikan kerja pertukangan pembuatan Senjata sebagai sumber pendapatan utama sejak dahulu lagi.


Pada awal penglibatan dalam penghasilan senjata, produk yang dihasilkan di jual pada orang perseorangan dan menjual secara terus di tamu minggu Kota Belud. Mula bergiat aktif dengan Perbadanan Kraftangan pada tahun 2003 dan telah mengikuti banyak program promosi yang diadakan samaada diperingkat negeri ataupun peringkat nasional. Penyertaan pertama pada program promosi adalah pada Hari Kraf pertama iaitu pada tahun 2003 di Kompleks Kala Lumpur.

Pada tahun 2004, projek pembuatan Parang Bajau Samah Kampung Siasai Jaya Kota Belud telah di daftarkan di bawah projek Satu Daerah Satu Industri (SDSI) yang pada masa tersebut dikenali projek satu Kampung Satu Produk (SKSP). En Jamawid soh telah dilantik sebagai usahawan tunjang bagi projek ini dan telah memainkan peranan yang penting sehingga sekarang.


KETOKOHAN DAN PERSONALITI KEUSAHAWANAN


Telah berdaftar dan menyertai Perbadanan  cawangan Sabah sebagai Usahawan Tunjang SDSI Sejak Tahun 2004. En. Jamawid mempunyai pengetahuan, kepakaran dan kemahiran yang mendalam  bagi menghasilkan produk Parang Bajau yang berpusat di Kg. Siasai Jaya, Kota  Belud, dan dikategorikan sebagai usahawan mahir dalam bidang ini.  Berkecimpung dalam bidang Ukiran Hulu Parang dan mata Parang Bajau sejak berumur 18 tahun dan hingga sekarang.

Mendapat penganugeraan dari Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia sebagai Adiguru pandai besi pada tahun 2012.

Disiplin pemasaran

En. Jamawid Soh  sering mengikuti aktivit promosi dan pemasaran yang dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia dan agensi Pelancongan negeri Sabah seperti Sabah Tourism Board, Kementerian Luar Bandar Sabah,Lembaga Pelancungan Malaysia Sabah dan agensi kerajaan negeri.  Seorang yang aktif dan semua program promosi yang dianjurkan oleh PKKM dan agensi negeri disertai sejak tahun 2003 lagi.

Disiplin pengeluaran

Mempunyai jalinan pengeluaran dengan semua pengusaha ukiran Parang di Kota Belud. Seorang Tokoh dihormati dalam pengeluaran produk. Menepati jadual tempahan dan dapat menghasilkan produk yang berkualiti.

Disiplin pengurusan

Pengurusan Perniagaan yang baik dan sistematik. Ada buku akaun perniagaan, buku panjar wang keluar masuk dan mempunyai rekod perniagaan yang amat baik setiap tahun.
           

KETOKOHAN KEPIMPINAN DALAM INDUSTRI YANG DICEBURI


Perwakilan dalam organisasi

Menjadi wakil pengusaha Parang Bajau Sama dalam mana-mana persidangan atau mesyuarat berkaitan pembanguan produk Parang Bajau Sama.

Pengiktirafan/ Penganugeraan

Dikenali sebagai pakar parang dan digelar guru oleh pengusaha Parang Kota Belud. Menjadi Usahawan Tunjang bagi Projek SDSI Ukiran Parang Bajau Kg. Siasai Jaya, Kota Belud, Sabah dan tokoh/tenaga pengajar produk Parang Bajau.


PENGURUSAN PERNIAGAAN

Aspek Pemasaran

Dari aspek pemasaran, Parang Bajau sering mendapat  tempahan yang berterusan. Di peringkat nasional, jualan dan aktiviti pemasaran dilakukan di Pasar Tamu Kota Belud yang diadakan pada setiap hari Rabu dan Ahad. Beliau juga sering terlibat dalam aktiviti dan jualan promosi di peringkat antarabangsa.

Merupakan usahawan contoh PKKM Sabah kerana beliau merupakan satu -satunya pengusaha kraf yang tidak pernah menolak program yang dianjurkan oleh PKKM . Contohnya sepanjang tahun 2007 terdapat 47 program promosi dijalankan dan beliau mengikuti semuanya.

Mempunyai pekerja yang khas bertugas untuk aktiviti Promosi dan pemasaran


Aspek pengeluaran dan teknologi

Mempunyai kemudahan bengkel yang digunakan sepenuhnya dan mempunyai peralatan mesin pengeluaran produk.


Visi dan Misi

En. Jamawid mempunyai misi dan visi untuk memastikan Parang Bajau ini dapat diteruskan kerana ianya merupakan satu-staunya produk Parang Bajau yang terdapat di negeri Sabah.

Jaringan Perniagaan

Selain tempahan berterusan dari traders tempatan, turut terdapat tempahan dari Semenanjung. Purata tempahan dan jualan dari Semenanjung sebulan adalah dalam RM 15,000.00.


Kawalan stok

Mempunyai kawalan stok yang diselengarakan oleh beliau sendiri dan pekerja.

Beliau tetap menjaga kebajikan para pekerja dengan memastikan pekerja berpuas hati dengan pengurusan dalam pembuatan Parang


Kerja-kerja R&D

Menjadi pakar rujuk bidang kraf senjata saamada daripada pengusaha senjata sendiri, dari pihak Kraftangan Malaysia malah daripada lain-lain jabatan, kementerian dan NGO. Terdapat beberapa jenis ukiran Parang Bajau seperti Parang Kayang, Parang Kayu, Pidah, Pisau dan Pedang.

Melatih tenaga pelapis kemahiran dan pengurusan

Dengan adanya program seperti Latihan Kemahiran Tenaga Kerja (LKTK), Bimbingan Teknikal (BT) dan Orientasi Pengeluaran Produk (OP) yang dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia, beliau bertanggungjawab bagi memastikan pembuatan Parang Bajau Sabah terus di warisi kepakarannya. Beliau juga tidak jemu untuk terus melatih tenaga muda/pelapis baru dalam pembuatan Parang Bajau.

Kreatif dan inovatif

En. Jamawid mempunyai kreativiti dan juga inovatif dalam pembuatat Parang Bajau. Beliau sentiasa mempunyai idea yang kreatif dalam menghasilkan pelbagai motif ukiran produk Parang Bajau.

Pengembangan dalam pemasaran
Tempahan yang berterusan di peringkat domestik dan antarabangsa membuktikan bahawa Parang Bajau mempunyai pengembangan pasaran yang baik.


PRODUK EKSKLUSIF 


Karya atau reka cipta yang dihasilkan beliau sering dijadikan cenderamata tetamu kehormat luar dan dalam negara. Produk yang dihasilkan pernah dijadikan cenderamata Tuan Yang Terutama (TYT) iaitu Tun Sakaran Dandai dan Tun Ahmad Sahah. Selain itu turut pernah dijadikan hadiah cenderamata untuk Ketua Menteri Sabah YAB.Datuk Seri Musa Aman dan beberapa orang Menteri kabinet Sabah dan persekutuan.





Koleksi Parang beliau turut ada dalam simpanan Menteri KPKK Dato; Seri Utama Dr Rais Yatim samaada yang dibeli sendiri atau yang telah diberi sebagai cenderamata.
Beliau sering membuat barang contoh (prototaip) R&D Kraftangan dan agensi kerajaan negeri.

Tuesday, 11 July 2017

PROGRAM INKUBATOR KRAF


Monday, 10 July 2017

MUSICAL TOOLS IN SABAH

MUSICAL TOOLS IN SABAH

Sabah society consists of rattan communities categorized as indigenous and non-native. We are rich in cultural heritage and music traditions.

In music is an essential requirement that it takes important places in social life at the village level. These include reaping parties, the first birthday of children. Animistic religious rituals and others that are important to the community.

Each of the sabah societies has different musical forms although some of these tools are common to all. Differences are often found in some combination of tools. The dance pattern, the duration of the game is soothing. There are also tools that only focus on a community and are not found in other groups.

Locale music is often associated with dancing. It also functions as a background music in a particular crowd and is often used by individuals for entertainment purposes alone.

Traditional music in Sabah has no system of symbols and songwriting. All music and songs are inherited from generation to generation. Men or women also present any musical instruments.

GONG (Ldiofon)

Gong is the backbone of most music game arenas and is used in almost all social ceremonies.
The number of gongs played together varies according to the needs of the local community. One or two drums are also often hammered together to match their rhythm.

Gong can be found throughout the state of Sabah and has a high value. It is also used as a hermit, animistic belief ceremony, signals and festival of harvest feasts.

Since recently the Rungus tribes in Kudat have made gongs formed from galvanic iron pieces purchased here.
The more poplar gongs have thick walls, deep lips and large buttons, booked from the Philippines, Indonesia or Brunai.

KULINTANGAN

Initially this tool was known in the west of Sabah by the Brunai tribes but was traditionally used by the Bajau and some of the Dusun / Kadazan tribes. Often it is played in religious ceremonies, where it is accompanied by traditional gong-gong.

This tool covers eight or nine tiny kettle gongs each of which produce varying sounds when beaten. This gong gong gong is placed in a row over a low wooden frame. Usually sipemain sit on the floor opposite the gong line while hitting it with two small beater.

GAMBUS
Iazim pear shaped pear was found among Muslim societies along the coast. It has three pairs of strings made of animal or brass loafs picked up with grunts. Grass carved from a piece of jackfruit. After the wood is carved into the general shape of this tool. Along the top up to the level of the screw shoved up hollow. In the neck is covered with a piece of thin wood as the surface of the body is covered with goat skin or lizard skin.

Gambus is usually played for personal entertainment and music Resembling Malay dance rhythm like joget and zapin.


TONGKUNGON

The whole guitar tube tool is made of bamboo. The bamboo trunks are then taken four or eight pieces of leather to be wrapped along the bamboo stems between the two huntsag forming a few small clobber sheets .The rope is supported by rattan or small wooden pieces at both ends to change the length and the sound- His voice. The strings and the sounds are called in conjunction with the names of the gongs in the community's musical composition.

Usually tongkungon is played individually for private entertainment. It is also used to accompany dancing. It is popular in the tribal tribe of Dusun / Kadazan.





SOMPOTON

Oral organ is a very interesting tool among local musical instruments in sabah. It is made of a dried pumpkin fruit with eight bamboo sticks arranged in two layers.
One of these pipes has no bubbles and works to balance the shape of the tool. By blowing or sucking the mouthpiece of the mouthpiece, the cheers may sound a harmonious sound. Some small pieces of polod (like in the cloak) are placed on a base but-but
Piped pipe.

DRUM (MEMBRANOFON)

Drum can be found everywhere in sabah. The original drum can be a face of karatung from Tambunan and touches among Rungus tribes, or two faces like a gandang
From Penampang as well as nice among the Rungus tribes. It is made of a hollow round wood. Each face of a goat or cow's skin is affixed to the face and then ransacked. The wooden peg to tune a nice sound is inserted on the rattan. The peg can be moved to tighten or loosen the position of the leather drum.

Some drums in coastal areas such as Bajau drums are shaped like tongs with their skin wrapped in rattan cord mounted on the drum body. The rattan or knot is stretched across the cross from one face to the other. It is fastened or loosened
To correct the drums.

Drums are played along with other musical instruments, especially with gongs and hips. Its main function is to escort the main beats and give the beats to the dancers.

SUNDATANG (Rungus & amp; Dusun / Kadazan)
OR GAGAYAN (Lotud) (Kordofon)

This was made of jackfruit. It has two or three brass strings. Traditionally the lines are made of giman plants. The strings of the strings are fixed by rotating the ear stick screw over the tool.

His music resonates with melodies and rhythms of various types of dances.
In Tambunan it is played to accompany the dancing dance. It can be played as a solo tool without being accompanied by a voice, for private entertainment.

TURALI (ECOFON)

The nose flute is made of ten lengths open on both ends. It pitches the middle pores back and forth in front.

The turquoise often produces a melodious tone such as the wind blows through the crevices of the trees in the forest. It is played for private entertainment and its songs can replicate songs. Among the Dusun / Kadazan tribes in central Tambunan and Penampang, the turquoise reveals a person's sad feelings. In central Tambunan, it produces a powerful, sharp sound that crosses tears. The melodies signify the death of a father, mother or child.

SULING (EFFON)

This is a blown flute at the end made of bamboo. It has five or six pores played for amusement entertainment. The melodious tone of this tool is often heard at night as the villagers return from the blades. It is played by all the tribes in sabah.


TOGUNGGU (Idiofon)

Known as mantis among the murut tribes, to the tribe of Dusun / kadazan or tolls in the cross section, these bamboo idiophones are played in groups to accompany dances or marches at parties. A set of musical instruments ranges from 30 to thirty, depending on the tribe. Music released resembles a set of gongs of a group, with each idiophon adjusted It sounds according to the actual gong played.

KOMPANG (Membrnofon)

Kompang is played by Islamic roles in Sabah especially among the Bajau and Brunai tribes. It is commonly played to welcome dignitaries. Compang music is also played in large groups for such occult rituals in weddings or circumcision and other ceremonies among Muslims. Sometimes the music is accompanied by drums.

Sound is produced by hitting or tapping the skin by hand or finger. This tool is made of goat skin or cow that has been removed. The skin of the animal is tied up on a hollow wood.

BAS (AEROPHONE)


The bus is a blowing sound device that is played as part of the Suling Rurum Luling which is a composition of the Lundayeh tribe. This pipe band contains 23 erofons: nine flutes played by women, and 14 buses made in size, played by men. It is said to be developed from the nose flute between 1930 and 1940, which is taught in schools in Indonesia. Rurum Lum Suling plays the tunes of Christian songs, with the Bas of issuing harmony under distilled melodies. This music is an important form of Lundayeh's tribal culture.

Sunday, 9 July 2017

SININGGAZANAK

SININGGAZANAK





Memorial bagi pasangan yang tidak mempunyai zuriat atau waris dan pengagihan harta pusaka pasangan yang tidak mempunyai waris.

Tradisinya, amalan masyarakat Kadazan di kawasan Penampang, Kinarut dan Putatan ialah mendirikan sininggazanak apabila orang itu meninggal dunia tanpa waris, sebagai kenangan oleh saudaranya yang terdekat yang mempunyai tuntutan kuat keatas hartanya.

Pusaka dan harta yang dimiliki oleh suami yang meninggal dunia tidak boleh dituntut oleh isterinya atau keluarga isterinya tetapi oleh saudaranya yang terdekat, begitu juga sebaliknya.









ALAT- ALAT MUZIK DI SABAH

ALAT- ALAT MUZIK DI SABAH


Masyarakat sabah terdiri daripada masyarakat majmuk yang di kategorikan sebagai kaum asli dan bukan asli. Kita kaya dengan warisan budaya serta tradisi muzik.

Di sabah muzik merupakan keperluan yang sangat mustahak sehingga ianya mengambil tempat – tempat penting dalam kehidupan sosial di peringkat kampung . Ini termasuk pesta-pesta menuai , harijadi pertama anak. Upacara keagamaan animistic dan lain- lain yang penting kepada masyarakat berkenaan.

Setiap daripada masyarakat sabah mempunyai bentuk –betuk muzik yang berbeza-beza meskipun beberapa diantara alat ini adalah lazim kepada semua. Perbezaan sering ditemui dalam beberapa gabungan alat. Corak tarian, tempoh sehinggaalah rentaklagu. Ada juga alat-alat yang hanya tertumpu kepada segolongan masyarakat dan tidak didapati di golongan yang lain.

Muzik selingan tempatan sering dikaitkan untuk mengiringi tarian. Ia juga berfungsi sebagai muzik latar belakang dalam keramaian tertentu  dan sering juga digunakan oleh individu untuk tujuan hiburan sendiri.

Muzik tradisional di sabah tidak mempunyai system simbol serta senikata lagu yang bertulis .Semua muzik dan lagu-lagunya diperturunkan secara warisan dari generasi ke generasi. Lelaki atau perempuan turut mempersembahkannya mana-mana alat muzik.

GONG (Ldiofon)

Gong merupakan tulang belakang dalam kebanyakan arena permainan muzik dan ianya digunakan dalam hampir kesemua upacara sosial .
Bilangaan gong yang dimainkan  bersama berbeza-beza mengikut keperluan masyarakat setempat. Satu atau dua buah gendang juga sering dipalu bersama untuk menseragamkan iramanya.

Gong boleh didapati di seluruh negeri sabah dan mempunyai nilai yang tinggi .Ia juga digunakan sebagai hantaran berian, upacara kepercayaan animistic, isyarat dan perayaan pesta-pesta menuai.

Sejak akhir-akhir ini suku kaum Rungus di Kudat ada membuat gong yang dibentuk dari kepingan besi galvanic yang dibeli di sini.
Gong yang lebih poplar mempunyai dinding yang tebal,bibir yang dalam serta tombol yang besar,ditempah dari Filipina, Indonesia atau Brunai.  

KULINTANGAN

Pada mulanya alat ini di perkenailkan di barat Sabah oleh suku kaum Brunai tetapi secara tradisional ianya juga digunakan  oleh suku kaum Bajau dan beberapa suku kaum Dusun /Kadazan. Selalunya ia dimainkan dalam majlis –majlis perayan keagamaan, di mana ia nya diringi oleh gong-gong tradisional.

Alat ini merangkumi lapan ataupun  9 buah gong–gong cerek yang kecil setiap daripadanya mengeluarkan bunyi – bunyian yang berbeza-beza apabila dipukul . Gong gong cerek ini diletakkan tersusun dalam satu barisan di atas sebuah rangka kayu rendah . Biasanya sipemain duduk di atas lantai berhadapan dengan barisan gong sambil memukulnya dengan  dua pemukul kayu kecil.

GAMBUS


Kecapi yang berbentuk pear Iazimnya ditemui di kalangan masyarakat Islam di persisiran pantai . Ianya mempunya tiga pasang tali yang diperbuat dari perut binatang atau loyang yang dipetik dengan kuku tenggiling .Gambus diukir dari sekeping batang kayu nangka. Selepas kayu diukir kepada bentuk am alat ini. Di sepanjang bahagian atas hingga ke paras skru dikorek sehingga berongga. Di bahagian lehernya ditutup dengan sekeping kayu nipis semantera bahagian permukaan badannya ditutup dengan kulit kambing atau kulit biawak.

Gambus lazimnya dimainkan untuk hiburan persendirian dan muziknya
menyerupai rentak tarian Malayu seperti joget dan zapin.       

TONGKUNGON


Alat gitar tiub nin keseluruhannya dibuat daripada buluh . seruas batang buluh diambil kemudian empat atau lapan carikan kulitnya dicungkil di sepanjang batang buluh di antara kedua-dua hujuag sehingga membentuk beberapa helaian ulas tali kecil .Tali-tali disangga dengan rotan atau kepingan kayu kecil pada kedua-dua hujungnya untuk mengubah kepanjangan serta bunyi-bunyianya. Tali-tali serta bunyi-bunyinya dipanggil bersempena dengan nama-nama gong dalam gubahan muzik masyarakat tersebut.

Selalunya tongkungon dimainkan secara perseorangan untuk hiburan persendirian. Ianya juga digunakan untuk mengiringi tarian. Ianya popular di kalang suku kuam Dusun / Kadazan.

SOMPOTON


Organ mulut merupakan alat yang sangat menarik di antara alat-alat muzik tempatan di sabah . Ianya dibuat daripada sebiji buah labu yang kering dengan lapan batang paip buluh yang disusun dalam dua lapisan .
Salah satu dari pada paip ini tidak mempunyai bunya dan berfungsi untuk memperseimbangkan kedudukan bentuk alat tersebut.
Dengan meniup atau menyedut mulut iabu, sipemain boleh menghasikansatu bunyian harmoni yang merdu .  Beberapa kepingan kecil polod  (serperti dalam bungkau ) diletakkan pada dasar tapi-tapi
Tepian paip yang berbunyi.

Gendang ( Membranofon )

Gendang boleh ditemui di mana-mana tempat di sabah . Gendang asli boleh jadi satu muka serpeti karatung dari Tambunan dan tontog di kalangan suku kaum Rungus, atau dua muka seperti  gandang
Dari Penampang serta gandang di kalangan suku kaum Rungus. Ianya dibuat daripada sebatang kayu bulat yang berongga. Setiap muka kulit kambing atau lembu dilapik pada muka tersebut kemudian disimpai dengan rotan. Pasak kayu untuk menala bunyi gandang diselitkan pada rotan itu . pasak itu boleh digerakkan untuk mengetatkan atau melonggarkan kedudukan kulit gendang.

Beberapa gendang di kawasan pesisir seperti gendang Bajau berbentuk tong dengan kulitnya dibungkus  dengan simpaian rotan yang dipasang pada badan gendang . Rotan atau simpulan tali diikat bersilang-silang dari satu muka ke muka yang lain. Ianya dikencang atau dilonggarkan
Untuk membetulkan bunyian gendang.

Gendang dimainkan bersama dengan alat-alat muzik lain terutamanya dengan gong dan kulintangan. Fungsi utamanya ialah untuk mengiringi rentak utama serta memberikan rentak untuk penari-penari .

SUNDATANG (Rungus &Dusun/Kadazan )
ATAU GAGAYAN ( Lotud ) ( Kordofon )

Kecapi ini dibuat daripada kayu nangka. Ia mempunyai dua atau tiga tali loyang. Secara tradisional tali-talinya dibuat daripada tumbuhan  giman. Nada tali-talinya dibetulkan dengan memutarkan skru kayu telinga dinatas alat ini.

Muzik nya memyerupai melodi-melodi serta rentak berbagai jenis tarian.
Di Tambunan ianya dimainkan untuk mengiring tarian sundatang magarng. Ianya boleh dimainkan sebagai alat solo tanpa diiringi oleh suara, untuk hiburan persendirian.

TURALI (Erofon)

Seruling hidung ini dibuat daripadabuluh panjang yang terbuka pada kedua-dua hujuan.Ianya mempuayai liang tengah di belakang dan tigaliang di hadapan.

Turali  selalunya mengeluarkan nada yang merdu umpama bunyian tiupan angin menembusi celah–celah pepohon di hutan. Ianya dimain kan untuk hiburan persendirian dan nada-nadanya boleh meniru berbagai lagu. Di kalangan suku kaun Dusun/Kadazan di Tambunan tengah dan Penampang, turali mengungkapkan perasaan sedih seseorang. Di Tambunan tengah , ianya menghasilkan bunyi tajam yang kuat yang melambangkan tangisan. Melodi-melodinya menandakan kematian seorang ayah, ibu atau anak.

SULING  ( Erofon )

Ini adalah seruling yang ditiup di hujung yang dibuat daripada buluh.
Ianya mempunyai lima atau enam liang yang dimainkan untuk hiburan persendiran. Nada yang merdu daripada alat ini seringkali kedengaran di waktu malam selapas orang-orang kampung kembali dari lading. Ianya dimainkan oleh semua suku-kaum di sabah.


TOGUNGGU (Idiofon)

Di kenali sebagai tagunggak di kalangan suku kaum murut, togunggak di kalangan suku kuam Dusun/kadazan atau togunggu di penampang, idiofon bambu paluan ini dimainkan dalam kumpulan untuk mengiring tarian atau perarakan di pesta-pesta. Satu set alat-alat muzik ini menrangkumi emam(togunggu) hingga tiga puluh (tagunggak) buah, bergantung kepada suku kaum. Muzik yang dikeluarkan menyerupai satu set gong sesuatu kumpulan, dengan setiap idiofon diselaraskan
Bunyinya mengikut gong sebenar yang dimainkan.  

KOMPANG ( Membrnofon )

Kompang dimainkan oleh oarng-oaran Islam di Sabah terutamanya di kalangan suku kaum Bajau dan Brunai. Ianya lazim dimainkan untuk menyambut orang-orang kenamaan . Muzik kompang juga dimainkan dalam kumpulan yang besar untuk upacara keramaian serperti dalam majlis-majlis perkahwinan atau berkhatan dan lain-lain upacara di kalangan orang Islam. Kadang-kadang muzik ini diiringi oleh gendang.

Bunyi dihasilkan dengan memukul atau mengetuk kulit dengan tangan atau jari. Alat ini dibuat daripada kulit kambing atau lembu yang telah dibuang bulunya. Kulit haiwan ini diikat di atas kayu yang berongga.

BAS (Aerophone)

Bas merupakan alat muzik tiupan bersalun yang dimainkan sebagai sebahagian daripada Rurum Lun Suling ianya gubahan muzik suku kaum Lundayeh.  Pancaragam paip ini mengandungi 23 erofon: sembilan suling yang dimainkan oleh perempuan, dan 14 bas yang dibuat dalam saiz, yang dimainkan oleh lelaki. Ianya dikatakan dimajukan dari seruling hidung di antara tahun 1930 dan 1940, yang diajar di sekolah-sekolah di Indonesia. Rurum Lum Suling memainkan nada lagu-lagu Kristian, denganmbahagianm Bas mengeluarkan harmoni di bawah melodi suling. Muzik ini merupakan bentuk penting dalam ungkapan budaya suku kaum Lundayeh.         

                    

PERSONALITI KRAF TUAN HAJI ALPAKA BIN HAMAAH, USAHAWAN KRAF MINITURE LEPA LEPA SEMPORNA SABAH

  PERSONALITI KRAF TUAN HAJI ALPAKA BIN HAMAAH, USAHAWAN KRAF MINITURE LEPA LEPA SEMPORNA SABAH Haji Alpaka Hamaah dilahirkan ...